Lebih 20,000 mohon sertai dialog bersama Carrie Lam

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam. - FOTO: AFP
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam. - FOTO: AFP
A
A
A

HONG KONG - Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata, lebih 20,000 orang memohon untuk menyertai sesi dialog bersamanya sekali gus melepaskan kemarahan terhadap kerajaan berikutan protes selama lebih tiga bulan yang melanda hab kewangan Asia itu.

Dialog terbabit merupakan usaha pertama kerajaan menemui penunjuk perasaan susulan protes jalanan besar-besaran yang mencabar pemerintahan China sejak mengambil alih Hong Kong dari Britain pada tahun 1997.

Lam berkata, pertemuan Khamis ini akan memberi peluang kepada rakyat menyuarakan pendapat namun segelintir penunjuk perasaan tidak menunjukkan minat dengan alasan tuntutan mereka sudah jelas.

"Saya berharap dialog berkenaan akan berlangsung dalam keadaan aman dan rasional," kata Lam.

Difahamkan daripada ribuan penyertaan yang diterima, hanya 150 orang akan dipilih menghadiri sesi selama dua jam itu dan peralatan protes seperti topeng gas tidak dibenarkan. - AFP

Artikel Berkaitan: