Polis buru suspek letup ATM di JB

Keadaan mesin ATM di bank berkenaan yang diletupkan dalam kejadian itu
Keadaan mesin ATM di bank berkenaan yang diletupkan dalam kejadian itu
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis giat mengesan serta mengenal pasti suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian letupan mesin pengeluaran wang (ATM) sebuah bank di Jalan Dedap 21, Johor Jaya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, usaha menjejaki suspek tersebut diperluas ke seluruh negeri.

"Buat masa ini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam sudah meminta kerjasama IPD di seluruh negeri ini membantu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Terdahulu dalam kejadian 22 September lalu Ismail memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung insiden letupan itu kira-kira jam 7.17 pagi.

Bagaimanapun katanya tindakan suspek itu tidak membuahkan hasil kerana dia tidak boleh mengeluarkan wang yang tersimpan dalam mesin ATM berkenaan.

Artikel Berkaitan: