Kebakaran Amazon: 63 individu ditahan, didenda RM50 juta

Kepulan asap dilihat selepas hutan di Altamira Brazil terbakar hujung bulan lalu.- Foto: AFP
Kepulan asap dilihat selepas hutan di Altamira Brazil terbakar hujung bulan lalu.- Foto: AFP
A
A
A

BRASILIA - Menteri Pertahanan Brazil telah menahan 63 orang dan mengeluarkan denda bernilai AS$11.98 juta (RM50 juta) selepas pasukan tentera dihantar untuk menangani kebakaran di hutan hujan Amazon.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Jair Bolsonaro tiba di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana beliau menegaskan akan mengembalikan kedaulatan Brazil apabila kebakaran besar tersebut mencetuskan bantahan antarabangsa.

Di tengah-tengah kritikan itu Bolsonaro telah membenarkan untuk menempatkan tentera di Amazon dalam operasi yang dilanjutkan sehingga 24 Oktober sejak Ogos lalu.

Sementara itu berdasarkan penyelidikan Institut Penyelidikan Angkasa Kebangsaan (INPE) Brazil merekodkan 30,901 kebakaran di rantau Amazon pada bulan lalu.

Jumlah itu adalah hampir tiga kali ganda daripada 10,421 yang dicatatkan pada bulan sama tahun lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: