Food bank diperluas untuk manfaat golongan kurang bernasib baik

Adly dan Shahrudin melakukan aktiviti plogging di sekitar Reviera ketika program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Tahun Melawat Melaka di Reviera Suite, Pulau Melaka, hari ini.
Adly dan Shahrudin melakukan aktiviti plogging di sekitar Reviera ketika program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Tahun Melawat Melaka di Reviera Suite, Pulau Melaka, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri akan memperluaskan program ‘food bank’ yang memberikan manfaat besar kepada golongan yang kurang bernasib baik melalui kolaborasi dengan pemain industri perhotelan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, inisiatif yang diperkenalkan kerajaan pada tahun ini dimulakan kerjasama dengan sebuah hotel, dan yakin akan dapat diperkembangan kepada hotel-hotel lain sekaligus akan dapat mengurangkan jumlah tan sisa makanan di negeri ini.

Menurutnya, di peringkat kerajaan negeri juga sedang melengkap serta menyiapkan sepenuhnya laporan berhubung program itu bagi mengenal pasti jumlah makanan yang dapat dikumpulkan termasuk bilangan individu yang akan mendapat manfaat sepanjang tahun 2019.

Beliau percaya, industri berkenaan mampu menyumbangkan makanan lebihan yang tidak disentuh untuk dibungkus semula sebelum diberikan kepada mana-mana individu mahupun badan kebajikan dengan mengutamakan makanan halal.

"Menerusi mesyuarat pra Exco (hari ini), kita bincang mengenai program ini yang akan diperkembangkan lagi dan dijangka awal Januari ini akan dapat perolehi jumlah data yang dikehendaki.

"Melaka antara negeri terawal melaksanakan 'food bank' bukan sahaja dengan hotel, malah kerjasama dengan pasaraya dan saya percaya selepas Hotel Kings Green, hotel-hotel lain akan lihat perkembangan ini untuk bersama memanfaatkan lebihan makanan daripada pembaziran dan boleh mencemarkan alam sekitar," katanya.

Adly berkata demikian kepada pemberita ketika program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Tahun Melawat Melaka di Reviera Suite, Pulau Melaka, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong , Pengarah SWCorp negeri, Shahrudin Hamid dan Pengurus Wilayah SWM Environment Melaka dan Negeri Sembilan, Dr Al’Ashari Othman.

Artikel Berkaitan:

Jelas Adly, aktiviti plogging yang melibatkan kolaborasi dua agensi besar yang memainkan peranan dalam kerja-kerja pembersihan itu perlu dijadikan contoh bagi memperindahkan kawasan bukan sahaja di kawasan tumpuan pelancong dan pusat bandar, juga daerah lain termasuk Jasin dan Alor Gajah.