Alahai... pasu bunga pun nak curi

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki sedang mengambil pasu di tepi sebuah rumah.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki sedang mengambil pasu di tepi sebuah rumah.
A
A
A

SHAH ALAM - Sejak malam tadi tular satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki mencuri sebuah pasu bunga.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan perumahan di Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira jam 3.15 petang, kelmarin.

Melalui rakaman video berdurasi 30 saat itu, sebuah kereta jenis Perodua Kenari kelabu dilihat memandu perlahan di sebuah lorong di kawasan perumahan.

Kereta itu dilihat berhenti di tepi sebuah rumah dan keluar seorang lelaki berseluar pendek kelabu, berbaju lengan panjang hitam dan bertopi.

Lelaki itu kemudiannya mengangkat sebuah pasu dan membawa masuk ke kereta sebelum beredar.

Artikel Berkaitan: