Lapan Amanah kawasan di Pahang perlu AGM semula

Dr Hamzah Jaafar
Dr Hamzah Jaafar
A
A
A

KUANTAN - Lapan daripada 10 Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan di Pahang perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) semula selewat-lewatnya Oktober ini.

Pengerusinya, Dr Hamzah Jaafar berkata, kawasan tersebut ialah Rompin, Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Temerloh, Kuala Krau, Bera dan Bentong.

Menurutnya, sementara itu Amanah Raub yang belum sempat mengadakan AGM sebelum arahan pembatalan dikeluarkanoleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hanya perlu melaksanakannya selewat-lewat Oktober ini.

"Raub sepatutnya mengadakan AGM Ahad lepas selepas pengumuman ROS. AGM perlu dilaksanakan pada atau sebelum bulan depan kerana Amanah dijadualkan mengadakan konvensyen pada Disember ini.

"Tempoh yang dikehendaki AGM adalah pertengahan Oktober. Isu ini terjadi disebabkan satu sahaja Cawangan di bawah Amanah kawasan itu.

Baru-baru ini media melaporkan 148 AGM Amanah seluruh negara dibatalkan ROS kerana gagal mengesahkan pendaftaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan Amanah kawasan Pahang selesai lantik AJK baharu

Dalam pada itu Hamzah berkata, Amanah Kawasan Pekan, Maran dan Cameron Highlands tidak perlu melaksanakan AGM kerana baru ditubuhkan.

Artikel Berkaitan:

"Amanah Kawasan Cameron Highlands masih di peringkat Jawatankuasa Penaja manakala Maran dan Pekan ditubuhkan ketika hampir konvensyen," katanya.