X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga lelaki ditahan bantu kes kematian tanpa niat

Laporan Sinar Harian semalam.
A
A

IPOH - Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes kematian tanpa niat membabitkan seorang wanita di Jalan New Delhi, Kampung Baru Buntong di sini kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 25 hingga 27 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan di sekitar Ipoh kira-kira jam 4.30 petang semalam.

"Kita percaya dengan tertangkapnya tiga lelaki ini dapat menyelesaikan kes berkenaan.

"Mereka direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu bunuh tanpa niat," katanya.

Ketika kejadian pada 8 malam itu, mangsa, M Abiramy, 45, didatangi lapan lelaki yang mencari anaknya berusia 23 tahun selepas dikatakan terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah kuil kerana salah faham.

Kumpulan itu kemudian bertindak agresif dengan memecahkan cermin kereta dan membakar sebuah kereta jenis Honda Accord milik ahli keluarga mangsa.

Api marak dari kenderaan itu telah merebak ke pokok mangga lalu menyambar rumah mangsa menyebabkan ia musnah keseluruhan.

Akibat terkejut, wanita terbabit rebah sebelum disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita maut disergah, rumah pula terbakar


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!