Ibu buat kejutan duduk dalam kelas bersama anak

Crandley menemani anaknya dalam kelas bagi memantau tingkah laku Harley. - Foto METRO.COM
Crandley menemani anaknya dalam kelas bagi memantau tingkah laku Harley. - Foto METRO.COM
A
A
A

KENT - Seorang ibu di England membuat 'kejutan' apabila duduk bersebelahan anak lelakinya sepanjang kelas Matematik berlangsung.

Becky Crandley ke Kolej Komuniti Sittingbourne selepas menerima laporan bahawa anak lelakinya, Harley, 12, berkelakuan buruk.

Sebelum itu, Crandley memberi amaran kepada Harley supaya mengubah tingkah lakunya.

"Semuanya bermula tahun lepas apabila sikapnya berubah. Saya fikir ia sebahagian daripada faktor pembesaran bagi remaja seusianya.

"Tetapi saya tidak tahan dengan sikapnya yang agak biadab dan tidak menghormati saya. Sehinggalah saya menerima panggilan telefon dari pihak sekolah mengenai tingkah lakunya," katanya.

Susulan itu, Crandley memberitahu pihak sekolah mengenai perancangannya.

Menurutnya, setiap kali dia memberi amaran kepada anaknya bahawa dia akan duduk bersama di kelas itu jika tidak mengubah sikap tetapi disambut ketawa kerana menganggap sebagai jenaka.

"Dia pasti sangat malu apabila saya diperkenalkan sebagai ibunya dan saya fikir lebih ramai ibu bapa perlu bertindak mengubah sikap anak mereka," kata ibu empat anak ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dia bukan ibu yang garang namun tetapi cuba mengajar anak dengan cara betul terutama sikap menghormati wanita. - Agensi