Riau diisytihar darurat, IPU jerebu melebihi 500

Penunggang motosikal terpaksa menutup hidung ketika melalui sebuah jalan di Kampar, Riau. - FOTO: AFP
Penunggang motosikal terpaksa menutup hidung ketika melalui sebuah jalan di Kampar, Riau. - FOTO: AFP
A
A
A

JAKARTA- Provinsi Riau diisytiharkan berstatus darurat pencemaran udara berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah melebihi 500.

Gabernor Riau, Syamsuar menetapkan status darurat itu bermula semalam sehingga 31 September ini, bergantung kepada keadaan semasa.

Memetik media tempatan, Syamsuar berkata, pemerintah Riau kini menyediakan tempat pemindahan sementara yang kondusif terutama untuk anak-anak dan wanita hamil.

Sementara itu Pengarah Education Malaysia di Indonesia (EMI), Prof Madya Dr Mior Harris Mior Harun, berlepas ke Pekanbaru pagi ini bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung keadaan pelajar Malaysia di provinsi itu.

Sejak 13 September lepas kualiti udara di provinsi Riau dan Jambi dikategorikan sangat tidak sihat.

Keadaan jerebu makin teruk di wilayah Riau.
Keadaan jerebu makin teruk di wilayah Riau.

Pelajar Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Pekanbaru telah diarahkan bercuti sejak 13 September lepas. Terdapat seramai 214 pelajar Malaysia di universiti tersebut.

Manakala Universitas Islam Negeri Sultan Thaha Saifuddin di Jambi yang mempunyai 110 pelajar Malaysia juga dilaporkan telah diarahkan bercuti.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan sejumlah pelajar telah pulang sementara ke Malaysia.

Difahamkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Wisma Putra dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan perbincangan di Kuala Lumpur bagi proses pemindahan pelajar Malaysia.- Bernama