Zuraida tiada kaitan dengan program vape

Poster yang tersebar bersama gambar Zuraida.
Poster yang tersebar bersama gambar Zuraida.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penganjuran program North Vape & Pod Leypark.

Setiausaha akhbarnya, Nasriah Muhammad berkata, poster program tersebut tular di media sosial dengan memaparkan gambar menteri itu sebagai tetamu kehormat.

Menurutnya, selepas semakan dibuat mendapati tiada sebarang persetujuan rasmi daripada Zuraida untuk hadir ke program berkenaan.

"Ingin ditegaskan,Yang Berhormat Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tiada kena-mengena dengan penganjuran acara tersebut.

"Tidak wajar gambar dan nama beliau digunakan dalam poster program itu," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: