BMF: Ambil peluang, bukan ambil kesempatan

No Image Caption
A
A
A

ISU berkaitan memboikot barangan bukan Muslim nampaknya semakin hangat diperkatakan dan ia menjadi perdebatan rakyat ketika ini.

Hakikatnya ramai yang masih keliru. Kempen yang sebenar adalah mengajak pengguna mengutamakan barangan Muslim bukannya memboikot barangan bukan Muslim.

Merak Jalanan hairan bila ada sesetengah pihak yang menganggap kempen Buy Muslim First (BMF) adalah memboikot. Siapa kata boikot?

Kempen BMF membawa pengertian bahawa jika ada dua produk yang sama tapi ada pilihan produk dikeluarkan oleh orang Islam, utamakan produk Muslim dahulu.

Pada masa yang sama pengusaha Muslim juga perlu mengubah mentaliti mereka dengan berdisiplin ketika menjalankan perniagaan. Ambil peluang, bukan mengambil kesempatan. Inilah masa untuk mereka menjalankan perniagaan bersungguh-sungguh dengan menyediakan kualiti dan khidmat terbaik.

Bila hasil perniagaan meningkat, jangan pula lupa untuk keluarkan zakat. Adab kepada pembeli tu juga penting. Bila rezeki semakin mencurah-curah sekarang ini, jangan pula muka ketat sepanjang masa.

Berikan senyuman kepada pelanggan, semoga bertambah-tambah lagi rezeki. Senyuman itu sedekah.

Orang Muslim juga kena jual benda yang berfaedah, jual produk yang ada kualiti. Bukan jual produk sampah. Kadang-kadang produk tak ada khasiat, macam mana nak bersaing dengan pengusaha bukan Muslim.

Artikel Berkaitan:

Lagi satu, disiplin kena jaga. Merak Jalanan selalu tengok pengusaha Muslim kurang berdisiplin ketika berniaga. Buka kedai ikut suka, tutup kedai pun ikut suka. Kadang-kadang dalam seminggu tiga empat kali tutup kedai. Bila raya cuti panjang mengalahkan orang lain. Lama-lama pelanggan jadi 'fed up'.

Layanan juga kena bagus, jangan tengking-tengking pelanggan. Sikap sebegini yang akhirnya pengguna Muslim sendiri yang boikot pengusaha Muslim.