Teluk Ha Long dipilih antara destinasi paling popular di Asia

Teluk Ha Long yang diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO itu berada di kedudukan kelima antara 10 destinasi paling popular di Asia. Gambar hiasan.
Teluk Ha Long yang diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO itu berada di kedudukan kelima antara 10 destinasi paling popular di Asia. Gambar hiasan.
A
A
A

BANDARAYA HO CHI MINH - Teluk Ha Long di wilayah utara Quang Ninh, Vietnam dipilih sebagai antara destinasi pelancongan paling popular di Asia, lapor agensi berita Vietnam (VNA) memetik akhbar South China Morning Post (SCMP).

Menurut akhbar yang berpangkalan di Hong Kong itu, teluk yang juga diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO tersebut berada di kedudukan kelima antara 10 destinasi paling popular di Asia.

Tahun lepas, sekitar 5.2 juta warga asing melawat lokasi pelancongan itu, meningkat 22 peratus berbanding tahun lalu, menyumbang 30 peratus daripada 15.6 juta ketibaan pelancong asing ke Vietnam.

Peningkatan kedatangan pelancong asing disebabkan penambahbaikan infrastruktur utama yang memudahkan pengunjung untuk melawat teluk yang terkenal di dunia, menurut SCMP.

Gunung Fuji di Jepun menduduki tempat kedua diikuti Forbidden City di China dan Taj Mahal India.

Turut tersenarai Gunung Everest di Nepal dan Tibet, Angkor Wat di Kemboja, Pulau Komodo di Indonesia, Istana Besar di Bangkok dan Menara Oriental Pearl di Shanghai. - Bernama

Artikel Berkaitan: