Disamun tiga lelaki bersenjatakan parang

No Image Caption
A
A
A

BATU PAHAT - Isteri seorang pengusaha restoran di Ayer Hitam mengalami kerugian hampir RM130,000 dalam satu kejadian samun dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 9.15 malam semasa wanita itu berada di dalam rumahnya di Ayer Hitam, apabila didatangi tiga suspek bersenjatakan parang.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek nekad masuk ke rumah berkenaan selepas berjaya mengumpil besi jeriji tingkap di bahagian tepi rumah dan dalam keadaan ketakutan wanita itu tidak mampu berbuat apa-apa selepas diacukan parang.

“Suspek kemudian melarikan sebuah SUV jenis Toyota Fortuner, seutas rantai emas dan beberapa utas jam berjenama," katanya menerusi kenyataan malam ini.

Azhan berkata, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak polis sedang giat memburu suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: