Warna merah bukan milik Umno

Abu Bakar (tengah) ketika melawat Abu Hanipah di PPUM, petang ini.
Abu Bakar (tengah) ketika melawat Abu Hanipah di PPUM, petang ini.
A
A
A

PETALING JAYA - “Warna merah bukan milik Umno. Siapa-siapa pun boleh pakai. Warna bukan hak milik tetapi trend.”

Demikian reaksi Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya ketika ditanya pandangan beberapa pihak yang mengaitkan warna merah Bersatu seolah-olah menunjukkan mereka adalah Umno 2.0.

Menurutnya, warna merah dalam Bersatu melambangkan keberanian ahlinya, berani ke hadapan, berani berjuang dan berani bertanggungjawab.

“Warna merah bukan milik Umno, sama juga seperti mana warna hijau bukan milik Pas. Kalau ahli Pas pakai baju merah macam mana kita nak simpulkan?

“Saya rasa tak perlu timbul isu Umno 2.0 kerana Umno adalah Umno dan Bersatu adalah Bersatu. Kedua-duanya berbeza,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau ditemui ketika melawat dua ahli parti, Abu Hanipah Yunus, 58, dan Bahari Abdullah, 54, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, petang ini.

Kedua-dua ahli itu terlibat dalam kemalangan ketika perjalanan pulang dari Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di sini, malam kelmarin.

Dalam pada itu, Abu Bakar menegaskan rakyat terutamanya orang Melayu tidak lagi percaya kepada Umno untuk menaungi mereka.

Artikel Berkaitan:

“Bila wujudnya Bersatu yang berjaya membentuk kerajaan bersama PH, ke mana lagi bangsa Melayu nak tumpu melainkan Bersatu.

“Parti ini dimilik orang Melayu. Kalau kata parti Melayu, memang Bersatu adalah partinya,” tegasnya.