Ibu campak bayi kembar dalam kolam

A
A
A

LUCKNOW - Seorang wanita di India hilang pertimbangan apabila tergamak mencampak bayi kembarnya berusia 20 hari ke dalam sebuah kolam.

Polis memaklumkan, kejadian menyayat hati itu berlaku di Daerah Muzaffarnagar di negeri Uttar Pradesh semalam.

Siasatan mendapati wanita terbabit bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan suaminya.

"Berlaku pertengkaran antara suspek dan suaminya. Wanita terbabit berang kerana si suami gagal mendapatkan sebarang pekerjaan.

"Disebabkan terlalu marah, dia mencampak bayi kembar perempuannya ke dalam sebuah kolam.

"Selepas menyedari anaknya mati, dia mereka-reka cerita bahawa pasangan kembar itu dilarikan individu tidak dikenali.

"Malah pasangan itu telah membuat laporan di Balai Polis Sikhera dan mendakwa anak mereka diculik," kata Ketua Polis Muzaffarnagar, Abhishek Yadav.

Susulan itu, polis telah menahan pasangan terbabit yang dikenali sebagai Nazma dan Waseem.

Artikel Berkaitan:

Kedua-duanya berdepan tuduhan membunuh dan menyembunyikan kematian. - Agensi