Kanak-kanak swafoto dengan Trump, Modi

Seorang kanak-kanak berswafoto dengan Modi dan Trump. FOTO TWITTER RASMI Perdana Menteri Modi
Seorang kanak-kanak berswafoto dengan Modi dan Trump. FOTO TWITTER RASMI Perdana Menteri Modi
A
A
A

TEXAS - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri India, Narendra Modi berkongsi pentas bagi satu acara rapat besar-besaran sempena lawatan rasmi PM Modi ke AS.

Sekitar 50,000 orang yang majoriti adalah warga Amerika berketurunan India berhimpun di stadium NRG di Texas untuk majlis itu hari ini.

Acara diberi nama 'Howdy, Modi!' itu dianggap sebagai majlis resepsi terbesar diadakan untuk seorang pemimpin luar negara di Amerika Syarikat.

Dalam acara besar tersebut, selain mendengar ucapan keramat dari pemimpin dua negara itu, turut menarik perhatian apabila permintaan seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi penyambut tetamu dalam majlis tersebut berswafoto bersama kedua pemimpin itu semasa melalui karpet merah.

Seorang kanak-kanak berswafoto dengan Modi dan Trump. FOTO TWITTER RASMI Perdana Menteri Modi
Seorang kanak-kanak berswafoto dengan Modi dan Trump. FOTO TWITTER RASMI Perdana Menteri Modi

Sudah tentu, ia merupakan kenangan terindah buat kanak-kanak lelaki itu meskipun ia mengejutkan orang sekeliling kerana keberaniannya itu.

Video itu kemudian telah dikongsi oleh pejabat rasmi Perdana Menteri Modi pagi tadi dan sejak ia dimuat turun, lebih 47,000 telah meninggalkan tanda suka.

Artikel Berkaitan:

Dalam video itu, Modi turut dilihat menepuk bahu kanak-kanak itu.