X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki OKU berdepan hukuman gantung jika bersalah

A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang lumpuh separuh badan berdepan hukuman gantung sampai mati jika disabit bersalah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, suspek berusia 45 tahun ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Rabu lalu di Taman Nusari Bayu di sini.

"Polis telah menahan kereta Proton Saga dinaiki suspek dan pemeriksaan lanjut menemui dua ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja anggaran berat 955 gram yang diletakkan di tempat duduk belakang.

"Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM4,000 dan ujian saringan air kencing terhadap suspek juga didapati positif dadah jenis ganja," katanya.

Menurutnya, suspek didapati mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah mulai 19 September hingga Rabu ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!