Penangan viral, 'negeri di atas awan' sesak hujung minggu

Pelancong mula tiba Jumaat malam bagi merasai pengalaman sebenar melawat 'negeri di atas awan' itu. - Foto Kompas
Pelancong mula tiba Jumaat malam bagi merasai pengalaman sebenar melawat 'negeri di atas awan' itu. - Foto Kompas
A
A
A

BANTEN - Selepas viral di media sosial wujud 'negeri di atas awan', Gunung Luhur di Indonesia mula dikunjungi ribuan pelancong menyebabkan kesesakan sehingga tujuh kilometer terutama pada hujung minggu.

Malah ada yang terpaksa membatalkan hasrat dan berpatah balik kerana kesesakan yang berlaku.

Pelancong yang datang hanya untuk menikmati keindahan hamparan awan dari puncak gunung pada waktu pagi di atas gunung setinggi 901 meter dari paras laut itu.

Seorang pelancong dari bandar Bogor, Dadan Bernadi berkata, dia berlepas seawal jam 4 pagi (waktu tempatan) bagi memastikan mereka sekeluarga dapat ke Gunung Luhur tiga jam kemudian.

"Saya tiba di (kampung) Citorek sebelum jam 7 pagi tetapi kami terperangkap dalam kesesakan sejauh 5 kilometer. Dalam tempoh dua jam hanya 500 meter bergerak. Akhirnya kami memilih untuk pulang sahaja," katanya.

Kesesakan sehingga tujuh kilometer terutama pada hujung minggu. - Foto Kompas
Kesesakan sehingga tujuh kilometer terutama pada hujung minggu. - Foto Kompas

Sementara itu, seorang lagi pelancong, Dhani yang berasal dari Rangkasbitung berkata, laluan ke kawasan pergunungan itu sesak sejak jam 1 pagi lagi.

Katanya, pelancong mula tiba Jumaat malam bagi merasai pengalaman sebenar melawat negeri di atas awan itu.

Artikel Berkaitan:

Negeri atas awan Gunung Luhur ditemukan seorang pekerja yang sedang membaiki jalan yang kemudiannya menghubungi Lebak Utara dan Selatan pada September tahun lalu.

Pelancong datang untuk menikmati keindahan hamparan awan dari puncak gunung pada waktu pagi. - Foto Kompas
Pelancong datang untuk menikmati keindahan hamparan awan dari puncak gunung pada waktu pagi. - Foto Kompas

Keindahan panorama di kawasan itu mula tersebar ke media sosial hingga menjadi viral dan membuat ramai orang ingin mengetahuinya.

Selain Gunung Luhur, terdapat beberapa kawasan lain di Indonesia turut diberikan jolokan sebagai 'negeri di atas awan' iaitu Dieng di wilayah Jawa Tengah, Boyolali (Jawa Tengah), Imogiri (Yogyakarta), Sumbawa (Sumbawa Barat), Toraja (Sulawesi Selatan) dan Flores di Nusa Tenggara Timur pula mendapat jolokan 'kampung di atas awan'.