Kereta Audi musnah terbakar

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran sebuah kereta di Seksyen U12 di sini.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran sebuah kereta di Seksyen U12 di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kereta Audi yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Seksyen U12 di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.04 pagi.

Sepasukan lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan tersebut mendapati kenderaan tersebut terbakar 100 peratus, kebakaran itu turut melibatkan ruang tamu rumah yang berkeluasan 20x30 kaki persegi yang terbakar 10 peratus.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: