X

Kindly register in order to view this article
!

Tunggakan gaji jejas prestasi pasukan bola sepak Melaka: Pas Melaka

Kamaruddin
A
A

MELAKA TENGAH - Pas Melaka mendakwa isu tunggakan gaji pemain-pemain Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) antara punca prestasi dan pasukan bola sepak Melaka terjejas.

Pesuruhjaya, Kamaruddin Sidek berkata, pihak pengurusan yang dinaungi oleh kerajaan negeri perlu melakukan sesuatu yang luar biasa untuk mengatasi isu terbabit lebih-lebih lagi perkara ini termasuk dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 dahulu.

"Jika kerajaan negeri gagal atasi perkara ini, saya cadangkan agar pasukan bola sepak Melaka diuruskan oleh pihak lain seperti syarikat-syarikat yang berdaya saing atau individu yang mampu dan berminat bukan kerajaan negeri.

"Cara ini lebih praktikal serta dapat mengurangkan bebanan kerajaan negeri sekali gus prestasi pemain akan lebih baik," katanya.

Menurutnya, sekiranya itu berlaku banyak penjimatan dapat dilakukan seperti tidak perlu membayar elaun pemain.

"Sekiranya keadaan berterusan, Pas Melaka tidak yakin kemampuan kerajaan negeri untuk bertahan dalam jangka masa yang panjang bagi menangani isu tunggakan elaun ini," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya sedang berusaha mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu tunggakan dua bulan gaji yang menyelubungi pasukan itu.

Menurutnya, kelewatan pembayaran gaji yang timbul disebabkan terdapat penaja yang masih belum menyelesaikan komitmen tajaan sehinggakan bayaran gaji pemain tertangguh dan lewat dibayar.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!