Jerebu tidak ganggu penerbangan LTSM

Keadaan persekitaran LTSM yang turut dilanda jerebu pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 144 ketika gambar dirakam jam 4 petang semalam.
Keadaan persekitaran LTSM yang turut dilanda jerebu pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 144 ketika gambar dirakam jam 4 petang semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jerebu yang melanda Terengganu sejak 19 September lalu tidak mengganggu jadual penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).

Pengurus Malaysia Airport Berhad Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Che Sulaiman Che Pa berkata, setakat ini tiada penerbangan dibatalkan kerana jarak penglihatan masih tidak melebihi had minimum.

"Di LTSM, maklumat untuk keperluan penerbangan disalurkan kepada juruterbang oleh Menara Kawalan Trafik Udara (CAAM) khususnya jarak penglihatan, arah dan kelajuan angin.

Che Sulaiman
Che Sulaiman

"Setakat ini tiada penerbangan dibatalkan kerana bacaan jarak penglihatan semasa adalah 3,000 meter dan masih jauh melebihi had minimum sebanyak 800m," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mengulas lanjut katanya sebanyak 30 penerbangan dilakukan dalam sehari melibatkan 15 penerbangan ketibaan dan 15 pelepasan.

Sehingga jam 1 tengah hari tadi, Kuala Terengganu mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan 129.

Artikel Berkaitan:

Manakala, Kemaman mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 170 diikuti Paka 142 dan Besut merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu 97.

Berdasarkan Laman Web Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.