Benih kelapa pun diseludup

Anggota Maqis menunjukkan anak pokok kelapa yang berjaya dirampas PGA Batalion 7.
Anggota Maqis menunjukkan anak pokok kelapa yang berjaya dirampas PGA Batalion 7.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan mematahkan cubaan menyeludup anak pokok kelapa bernilai RM36,000 dalam dua serbuan berasingan di sini pada 18 dan 22 September.

Serbuan pertama di pangkalan haram Lubok Gong jam 10.40 malam pada 18 September itu, PGA merampas 538 anak pokok kelapa bernilai RM11,000.

Serbuan kedua pada 22 September sejumlah 1,124 anak pokok kelapa bernilai RM25,000 berjaya dirampas di pangkalan haram Mak Adam pada jam 5.50 petang.

Selain anak pokok kelapa, PGA turut menyita dua lori yang digunakan untuk mengangkut barang seludup itu dalam serbuan tersebut.

Anggota Maqis menunjukkan anak pokok kelapa yang berjaya dirampas PGA Batalion 7.
Anggota Maqis menunjukkan anak pokok kelapa yang berjaya dirampas PGA Batalion 7.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan, Mohd Azam Yahya berkata, kesemua rampasan itu kemudian diserahkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

"Kes ini kita bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] atas kesalahan mengimport anak benih kelapa tanpa mempunyai permit import yang sah dari Maqis yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) dalam akta yang sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, Maqis Kelantan sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa di sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Pengkalan Kubor sehingga ke Jeli dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan.