Muhammad Syahir Rifqi derita sakit saraf sejak lahir

Shahada memberi bekalan susu kepada Adam setiap tiga jam sekali.
Shahada memberi bekalan susu kepada Adam setiap tiga jam sekali.
A
A
A

GUA MUSANG - [VIDEO] Seorang wanita dari Kampung Lebur Jaya di sini terpaksa meninggalkan kerja harian selepas anak sulung, Muhammad Syahir Rifqi Mohd Ridhwan,9, menderita sakit saraf sejak lahir.

Nor Shahada Mohammad, 30, berkata, sebelum ini dia dan suami, Mohd Ridhwan Mat Deris, 35, mengambil upah menoreh getah di kebun berhampiran.

Katanya, selepas melahirkan Muhammad Syahir Rifqi, dia perlu menumpukan perhatian kerana anaknya itu tidak boleh menguruskan diri sendiri dan masih menggunakan lampin pakai buang.

"Adam (Syahir) tidak boleh berjalan dan bercakap. Dia hanya mampu menangis sahaja. Saya tidak boleh meninggalkannya seorang diri kerana dia akan menangis.

"Dia hanya bergantung kepada bekalan susu. Setiap tiga jam, dia perlu diberikan susu khas. Untuk susu sahaja hampir RM500 sebulan kami perlu sediakan.

"Suami saya masih lagi ambil upah menoreh dan memanjat petai. Saya hanya bantu dari rumah dengan membuat pengasingan petai, menjual ais serta aiskrim untuk menampung perbelanjaan," katanya.

Menurut Shahada, Adam menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan.

"Bantuan itu digunakan untuk keperluan Adam. Namun, kami masih tidak mampu mendapatkan katil khas untuk Adam dengan duit yang ada.

Artikel Berkaitan:

"Berat badan Adam melebihi 60 kilogram dan saya memerlukan bantuan suami untuk memandikannya. Jika ada katil khas, ia lebih mudah," katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun Shahada dan Syahir 13017021479071 (Bank Islam).

Kanak-kanak derita sakit saraf sejak lahir perlu katil khas

Pendapatan keluarga ini tidak sampai RM1,000 sebulan hasil upah menoreh getah dan memanjat pokok petai, lapor MOJO AKMALIAH RAZAK #SinarHarianGuaMusang #Sinardihati

Posted by Sinar Harian on Sunday, September 22, 2019