Wajah tengkorak 7,500 tahun dicipta semula

No Image Caption
A
A
A

GIBRALTAR - Sekumpulan saintis berjaya mencipta semula wajah seorang wanita berusia 7,500 dari zaman Neolitik berdasarkan tengkorak yang ditemui berhampiran Gibraltar.

Menurut laporan, tengkorak milik wanita bernama Calpeia yang berasal dari Anatolia itu ditemui di sebuah gua pada tahun 1996.

Menurut laporan, tengkorak milik wanita bernama Calpeia yang berasal dari Anatolia itu ditemui di sebuah gua pada tahun 1996.

Antara individu penting di sebalik ciptaan tersebut, Manuel Jaen dari Muzium negara Gibraltar berkata, projek berkenaan mengambil masa kira-kira enam bulan.

Berdasarkan serpihan tengkorak, saintis menganalisis sebahagian DNA Calpeia untuk mengetahui bagaimana rupa sebenarnya ketika masih hidup.

Menurut Profesor Clive Finlayson, wanita Neanderthals itu hidup sekitar 5,400 sebelum Masihi dan mempunyai ciri-ciri gelap.

"90 peratus daripada gennya berasal dari Turki moden, manakala baki 10 peratus lagi berasal dari Mesolitik tempatan," katanya kepada media tempatan, Gibraltar Chronicle. - Agensi

Artikel Berkaitan: