X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek cuba letupkan mesin ATM diburu

A
A

JOHOR BAHRU - Polis kini memburu seorang suspek yang dipercayai cuba meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) menggunakan bahan letupan di sebuah bank di Jalan Dedap 21, Johor Jaya, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 7.17 pagi.

“Ketika tiba di tempat kejadian, pihak polis mendapati sebuah daripada dua ATM di bank berkenaan mengalami kerosakan di tempat pengeluaran wang dan cermin penghadang berhampiran juga pecah.

“Bagaimanapun pihak polis mendapati penjenayah gagal untuk mengambil wang daripada ATM tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail, hasil siasatan awal daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek yang tidak dikenal pasti jantina dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Ismail berkata, suspek itu dipercayai menggunakan bahan letupan yang masih belum dikenal pasti dalam cubaan memecah ATM berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!