'Kami akan pindah esok, tapi...'

Penduduk yang masih menetap di khemah sementara di Paya Jaras yang akan berpindah esok.
Penduduk yang masih menetap di khemah sementara di Paya Jaras yang akan berpindah esok.
A
A
A

SUNGAI BULOH - 'Kami akan tinggalkan tempat ini (khemah sementara) esok, namun kami harap kerajaan negeri sudi turun berjumpa kami sendiri," luah penduduk yang rumah dirobohkan berikutan kerja pelebaran Sungai Kedondong di Paya Jaras Hilir di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Paya Jaras, Azroy Abdul Manaf berkata, esok hari terakhir bagi seramai 39 keluarga di khemah ini mendapat rumah sewa baharu.

"Saya sudah katakan sebelum ini dan saya ulangi bukan kami tak mahu berpindah cuma berilah waktu kepada kami untuk dapat rumah baru.

"Tanah yang kami bina khemah sementara ini pun kami terpaksa tinggalkan. Saya difahamkan tuan tanah ada terima tekanan, jadi esok jadi hari yang terakhir," katanya kepada Sinar Harian.

Penduduk yang masih menetap di khemah sementara di Paya Jaras.
Penduduk yang masih menetap di khemah sementara di Paya Jaras.

Katanya, apa yang menjadi kekecewaan penduduk di sini adalah tohmahan pihak tertentu yang mengatakan kami ada terima pampasan dan sebagainya.

"Saya sekali lagi berharap agar pihak kerajaan negeri turun dan bertemu sendiri dengan penduduk di sini.

Artikel Berkaitan:

"Ada yang katakan kami terima pampasan, tolak rumah zakat dan pelbagai dakwaan lain yang tidak benar, jadi saya harap kerajaan negeri turun dan jelaskan perkara sebenar," katanya.

Azroy
Azroy

Menurutnya, kebanyakan penduduk sudah mendapat rumah sewa baharu.

"Alhamdulillah ramai yang sudah dapat rumah sewa, jadi ramai yang akan pindah masuk. Seperti yang saya kata, kami bukan tak mahu pindah, namun beri tempoh kepada kami," katanya.

Pada 20 September lalu, Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan melabelkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebagai seorang yang bongkak berhubung isu perobohan rumah di pinggir Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir kelmarin.

Mat Nadzari akui, beliau terkilan apabila Amirudin mengaitkan isu kebajikan rakyat yang diperjuangkan oleh blok pembangkang sebagai permainan politik.

Beliau turut terkilan apabila tiada wakil rakyat daripada kerajaan turun bertemu keluarga terlibat yang sudah memasuki hari kedua sejak kerja perobohan dilakukan.

Dalam pada itu, Rabu lalu, satu operasi perobohan dilakukan oleh kerajaan Selangor ke atas premis dan kediaman yang dibina berhampiran Sungai Kedondong bagi memberi laluan kepada projek tebatan banjir di kawasan ini.

Berikutan itu, penduduk terlibat bersepakat untuk menetap di khemah terbuka yang didirikan sendiri oleh mereka berhampiran kawasan berkenaan sebagai tanda bantahan terhadap tindakan itu yang dianggap tidak mengikut prosedur sewajarnya.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman memaklumkan operasi itu dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan dengan penyerahan notis awal kepada penduduk terlibat.

Katanya, pelaksanaan perobohan itu sebenarnya telah dirancang sejak tahun 2008 lagi dan penduduk terlibat menerima notis pertama sejak tahun 2015.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk tinggal dalam khemah sehingga Isnin