'60 peratus rakyat Malaysia tak pandai buang sampah' - Zuraida

Zuraida bersama sukarelawan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam yang terlibat dalam program itu di Pangsapuri 940 Jalan 3/3 Pandah Indah.
Zuraida bersama sukarelawan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam yang terlibat dalam program itu di Pangsapuri 940 Jalan 3/3 Pandah Indah.
A
A
A

AMPANG - Orang ramai terutama golongan muda diminta berani menegur sesiapa sahaja yang dilihat membuang sampah merata-rata.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, budaya berani menegur itu perlu dimulakan kerana 60 rakyat di negara ini belum pandai membuang sampah ke dalam tong sampah.

Menurutnya, kerajaan memerlukan kerjasama rakyat bagi menjayakan usaha mempertingkatkan tahap kebersihan negara.

"Saya minta anak muda dan orang tua juga, mulakan budaya berani menegur. Kalau nampak orang buang sampah merata-rata, berani menegur. Ada bran tak?

"Orang Malaysia baik sangat, bila kesian biarlah sampai perkara salah pun dibiarkan.

"Budaya berani tegur ini harus dimulakan sekarang supaya orang buat perkara yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Plogging Trash To Cash Zon 18 di Pandan Indah pagi tadi.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, program menukar sampah kepada duit di bawah modul Clean Up Ampang itu akan diperluaskan ke semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, aktivis dan sukarelawan akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menyediakan lokasi pertukaran sampah kepada duit tunai.

"Program ini di bawah Dasar Komuniti Negara dan bila struktur ini sudah dimantapkan, kita menyasarkan kawasan penduduk B40 seperti Program Perumahan Rakyat terlebih dahulu untuk dilaksanakan.

"Penduduk di kawasan ini adalah mereka yang perlu membayar kos penyelenggaraan kutipan sampah.

"Jika dulu kena bayar duit penyelenggaraan sebanyak RM50 sebulan, sekarang mereka hanya perlu cari sampah berharga RM50 untuk ditukarkan," katanya.