X

Kindly register in order to view this article
!

831 minuman keras bernilai RM11, 695 dirampas

Gambar hiasan. Gambar kecil: Dr Khalid
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor merampas sebanyak 831 produk minuman keras pelbagai jenama bernilai RM11, 695.10 dalam 'Ops Minuman Beralkohol' seluruh negeri ini Khamis lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, sebanyak 93 premis jualan diperiksa dalam operasi terbabit.

Menurutnya, produk minuman keras terbabit dirampas kerana tidak mematuhi keperluan pelabelan produk minuman beralkohol yang dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985.

"Di samping itu, sebanyak 15 notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 bagi pelbagai kesalahan dikompaun berjumlah RM52, 500," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Khalid berkata, antara kesalahan yang ditemui ialah kegagalan penjual mempamerkan notis di hadapan lokasi jualan, selain tanda larangan jualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun di kaunter jualan minuman beralkohol.

"Kita juga dapati penjual tidak menyediakan kabinet atau rak berasingan bagi mempamerkan minuman beralkohol dengan makanan lain untuk jualan," katanya.

Beliau memberitahu, objektif operasi itu bagi memastikan semua produk minuman keras yang tersenarai di bawah Peraturan 362 sehingga Peraturan 386, PPM 1985 yang dijual di pasaran mematuhi peruntukan berkaitan produk minuman beralkohol.

"Antara perkara yang menjadi tumpuan semasa operasi ini adalah kepatuhan terhadap standard am bagi minuman beralkohol selain daripada keperluan pelabelan antaranya larangan penjualan minuman keras kepada mereka berumur kurang 21 tahun dan tanda larangan di kaunter jualan.

"Selain itu, semua penjual minuman beralkohol diwajibkan mempamerkan notis 'meminum arak boleh merbahayakan kesihatan' di hadapan premis selain tanda larangan jualan minuman beralkohol," katanya.

Beliau menegaskan, semua minuman beralkohol yang dijual diwajibkan dipamerkan di kabinet atau rak yang berasingan daripada makanan lain.

"Selain itu, kita mewajibkan pernyataan 'meminum arah boleh merbahayakan kesihatan' di atas semua label produk minuman beralkohol," katanya.

Katanya, pihaknya sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh menyebabkan kekeliruan dan penipuan dalam pengilangan serta penjualan produk makanan kepada pengguna.

"Tindakan penguatkuasaan yang berterusan akan dilakukan bagi memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan di negara ini adalah terkawal.

"Pengguna boleh menghubungi terus Jabatan Kesihatan Negeri Selangor atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/jknselangor jika terdapat aduan berkaitan dengan keselamatan makanan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!