Israel roboh 538 rumah rakyat Palestin sepanjang 2018

Dua kanak-kanak Palestin di Baitulmaqdis Timur melihat bangunan kediaman mereka dirobohkan Israel pada 1 Mei lalu.
Dua kanak-kanak Palestin di Baitulmaqdis Timur melihat bangunan kediaman mereka dirobohkan Israel pada 1 Mei lalu.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Rejim Zionis telah merobohkan 538 rumah rakyat Palestin dan memusnahkan kemudahan awam di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki sepanjang tahun 2018.

Tindakan kejam itu telah menyebabkan kira-kira 1,300 orang termasuk 225 kanak-kanak Palestin hilang tempat tinggal.

NGO Pusat Abdullah Al-Hurani menegaskan tindakan rejim Zionis jelas melanggar Konvensyen Geneva Keempat serta undang-undang antarabangsa.

Organisasi itu dalam laporannya berkata, Israel sewenang-wenangnya meneruskan 'dasar pembersihan etnik' terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki sambil menegaskan rejim Zionis telah mengeluarkan 460 notis pengusiran dan penutupan bangunan sepanjang tempoh sama.

Ia menambah, rejim Israel menggunakan alasan ‘pembinaan tanpa permit’ untuk melaksanakan perobohan rumah milik Palestin secara tetap dan berterusan.

Pihak berkuasa Israel mengeluarkan notis pengusiran kepada penduduk Palestin sebelum bertindak merobohkan kediaman mereka dalam tempoh 30 hari selepas perintah tersebut dikeluarkan.

Selain bangunan kediaman, NGO terbabit turut mendokumentasikan sebanyak 12 perobohan atau penutupan sekolah dan tadika Palestin yang dibina oleh pihak berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat. - Middle East Monitor

Artikel Berkaitan: