Maahad Muhammadi terima zakat Bank Rakyat

Mohd Zaki (kanan) menerima replika cek daripada Pengurus Bank Rakyat Gua Musang, Azhan Ahmed.
A
A

GUA MUSANG - Seramai 348 pelajar Maahad Muhammadi Gua Musang layak menerima sumbangan wang zakat daripada Bank Rakyat.

Pengetuanya, Dr Mohd Zaki Mat Zin berkata, sumbangan zakat berjumlah RM34,800 itu diagihkan RM100 setiap seorang.

Menurutnya, hampir 70 peratus pelajar di pusat pengajian itu adalah anak peneroka Kesedar dan Felda.

"Majoriti pelajar adalah terdiri daripada golongan keluarga miskin dan pendapatan rendah.

Mohd Zaki (kanan) menerima replika cek daripada Pengurus Bank Rakyat Gua Musang, Azhan Ahmed.
Mohd Zaki (kanan) menerima replika cek daripada Pengurus Bank Rakyat Gua Musang, Azhan Ahmed.

"Bagaimanapun kita bersyukur kerana sepanjang Januari hingga September, kita menerima sumbangan zakat berjumlah hampir RM100,000," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian zakat oleh Pengurus Bank Rakyat Gua Musang, Azhan Ahmed, semalam.

Tambah Mohd Zaki, pada Jun lalu Maahad Muhammadi Gua Musang telah menerima sumbangan wang zakat daripada Persatuan Wanita Islam (WANIS) sebanyak RM34,500.

Sementara itu, Azhan berkata, sumbangan berkenaan diharapkan dapat meringankan beban pelajar dan keluarga dalam menampung perbelanjaan harian di sekolah.