Jerebu: Tiga daerah di Terengganu catat IPU tidak sihat

Suasana persekitaran bandar Kuala Terengganu yang dilanda jerebu.
Suasana persekitaran bandar Kuala Terengganu yang dilanda jerebu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tiga daerah di negeri ini iaitu Kemaman, Paka dan Kuala Terengganu kembali mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi ini.

Laman Web Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan sehingga jam 10 pagi tadi daerah Kemaman mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 147 diikuti Kuala Terengganu (144) dan Paka (128).

Manakala daerah Besut masih mengekalkan rekod IPU sederhana iaitu pada bacaan 83.

Gambar seorang lelaki dirakam berjalan di sepanjang Pantai Batu Buruk jam 9 pagi tadi.
Gambar seorang lelaki dirakam berjalan di sepanjang Pantai Batu Buruk jam 9 pagi tadi.

Berdasarkan pemerhatian menerusi laman web APIMS, jerebu kembali melanda semula Terengganu tidak sampai 24 jam selepas merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana di semua daerah.

Ia bermula dengan daerah Kemaman dengan rekod bacaan IPU sebanyak 103 pada jam 11 malam tadi.

Artikel Berkaitan: