Surau Belantara perlu dana untuk sistem solar

Surau Belantara, Pos Bihai sedia digunakan namun memerlukan sistem solar kerana perkampungan berkenaan tidak memiliki sumber elektrik.
Surau Belantara, Pos Bihai sedia digunakan namun memerlukan sistem solar kerana perkampungan berkenaan tidak memiliki sumber elektrik.
A
A
A

GUA MUSANG - Surau Belantara yang terletak di perkampungan orang asli Kuala Suma Pos Bihai, di sini memerlukan sejumlah peruntukan untuk kemudahan sistem solar.

Wakil Yayasan Al-Khalifah, Nor Azhar Mohamed berkata, penggunaan sistem solar di surau berkenaan perlu dilakukan berikutan kampung tersebut tidak memiliki punca elektrik.

"Kita akan usahakan peruntukan untuk sistem solar bagi memudahkan urusan pengguna laluan di sini," katanya.

Sinar Harian pada awal Ogos lalu melaporkan mengenai surau berkenaan yang mengalami kerosakan selepas ditimpa pokok durian akibat ribut yang melanda kawasan penempatan masyarakat tersebut.

Nor Azhar berkata, surau dibina hasil sumbangan melalui Yayasan Al-Khalifah ini mula digunakan dan kerja-kerja penambah baik fasiliti akan dibuat secara berperingkat.

"Walaupun surau ini dibina di kampung orang asli yang kecil bilangan keluarga tetapi ia terletak di laluan utama untuk ke pos-pos lain.

"Jadi, ia dijadikan transit bagi mereka yang berurusan jauh ke pedalaman Pos Bihai dan Belatim seperti guru sekolah, kakitangan perubatan, NGO dan agensi kerajaan," katanya.

Sesiapa yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama Al-Khalifah Foundation bernombor 564016118396.

Artikel Berkaitan: