Tinggal jawatan tinggi, jadi pemandu bas di Australia

Rita dan charles tidak malu menjadi pemandu bas apabila berhijrah ke Australia.
Rita dan charles tidak malu menjadi pemandu bas apabila berhijrah ke Australia.
A
A
A

CANBERRA - Meskipun pernah memegang jawatan tinggi di negara sendiri, tiga rakyat Indonesia ini tidak malu menjadi pemandu bas apabila berhijrah ke Australia.

Edwin Kusuma dan Rita Gunawan adalah pasangan suami isteri dari Indonesia yang bekerja sebagai pemandu bas untuk sebuah syarikat pengangkutan di Sydney yang dikenali sebagai Busway.

Edwin pernah bekerja sebagai pegawai Teknologi Maklumat (IT) di sebuah bank Jakarta selama lapan tahun manakala isterinya, Rita pernah memegang jawatan ketua kewangan untuk syarikat pengedar elektrik sebelum akhirnya pindah ke Australia pada tahun 2010.

Di samping cabaran dalam bidang pekerjaan, Rita dan Edwin juga menerima pelbagai reaksi daripada rakan dan ahli keluarga mereka di Indonesia.

"Kami tidak mempunyai masa untuk mengurus keluarga seperti menghantar anak atau orang tua berjumpa doktor serta menghadiri perjumpaan ibu bapa di sekolah," katanya yang berkelulusan Sarjana Ekonomi Universiti Surabaya.

Rita yang kini memegang status penduduk tetap di Australia, menjadikan persepsi negatif rakannya sebagai inspirasi untuk dia dan suaminya terus maju.

Jadi, tidak hairanlah kini mereka juga sudah mampu memiliki rumah sendiri dan turut membawa ibu bapa tinggal bersama.

Pandangan yang sama juga diberikan Charles Gultom yang bekerja sebagai pemandu bas di sebuah syarikat pengangkutan, CDC Victoria.

Artikel Berkaitan:

Seperti keluarga Rita, kebanyakan teman Charles di Indonesia juga terkejut apabila mengetahui tentang pekerjaannya itu.

"Ramai kawan tidak percaya. Tetapi mereka tidak tahu pendapatan yang saya peroleh," kata Charles yang merupakan bekas chef di hotel lima bintang.

Tambahnya, dia menukar bidang kerja kerana mahu mengurangkan tekanan dengan memilih pekerjaan baharu yang lebih santai.

Menurutnya, walaupun hanya sebagai pemandu bas dia masih boleh mendapat kualiti kehidupan yang baik di negara itu.

"Walaupun bekerja sebagai pemandu, tetapi masih boleh bercuti dan melancong sedangkan di Indonesia jika menjadi pemandu bas makan pun tidak cukup," tambahnya yang hanya memerlukan dua bulan untuk menghafal laluan bas yang dipandunya. - Agensi