Medicare, Cuepacs anjur Jelajah Pantai Timur MyCuepacsCare

K Palanisamy
K Palanisamy
A
A
A

KLANG - Medicare Assistance Sdn Bhd (Medicare) akan menganjurkan siri Jelajah Pantai Timur Program Usahawan MyCuepacsCare (MyCuepacsCare) di Kelantan, Terengganu dan Pahang selama tiga hari bermula 18 Januari ini.

Pengarah Urusan Medicare, K Palanisamy berkata, lokasi pertama diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 18 Januari sebelum diteruskan di Kuala Terengganu, Terengganu (19 Januari) dan Kuantan, Pahang (20 Januari).

Menurutnya, program kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Cuepacs itu diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai dunia keusahawanan selain mempromosi produk takaful penjawat awam CuepacsCare dan CuepacsPA.

“Kami menyasarkan kira-kira 300 peserta hadir sepanjang tiga hari program jelajah di tiga negeri tersebut. Program ini memberi peluang kepada orang ramai menjana pendapatan tambahan terutama pesara kerajaan yang masih mahu aktif dalam pasaran kerja.

“Ketika ini permintaan kakitangan kerajaan terhadap perlindungan CuepacsCare dan CuepacsPA amat tinggi di Pantai Timur. Program ini boleh membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan selain mempromosi CuepacsCare dan CuepacsPA di kawasan tersebut,” katanya.

Palanisamy berkata, orang ramai yang mahu menyertai Jelajah Pantai Timur MyCuepacsCare boleh menghubungi talian 03-3370 1778 atau layari laman facebook www.mycuepacscare.my.

Dalam pada itu, menurutnya, CuepacsCare adalah program kerjasama Cuepacs bagi memastikan setiap penjawat awam dan ahli keluarga memiliki perlindungan tambahan untuk waktu kecemasan pada kadar yang mampu.

“Permintaan terhadap CuepacsCare sangat tinggi kerana pada harga serendah RM32 sebulan untuk individu dan RM85 bagi pakej keluarga, penjawat awam boleh mendapat manfaat rawatan di lebih 70 hospital pakar swasta seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, kita turut mempunyai takaful kemalangan diri CuepacsPA pada harga serendah RM6 sebulan dengan nilai pampasan RM220,000. Justeru itu, ia adalah peluang terbaik untuk wakil pemasaran menjana pendapatan,” katanya.

Palanisamy berkata, ketika ini sejumlah 80,000 penjawat awam menyertai program takaful tersebut dan ruang yang ada boleh dimanfaatkan wakil pemasaran untuk memasarkan kepada 1.6 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara.