4 rumah hangus, penghuni tinggal sehelai sepinggang

Kebakaran melibatkan empat buah rumah di Jalan Kampung Melayu di sini petang tadi. FOTO:Ihsan Bomba Selangor
Kebakaran melibatkan empat buah rumah di Jalan Kampung Melayu di sini petang tadi. FOTO:Ihsan Bomba Selangor
A
A
A

BATU CAVES - Penghuni empat rumah di Jalan Kampung Melayu di sini tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus dalam kebakaran petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 2.09 petang tadi.

Menurutnya, seramai 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Rawang ke lokasi sebaik menerima maklumat.

“Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan empat buah rumah teres satu tingkat kelas B.

“Kesemua rumah ini hangus seratus peratus dalam kejadian tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya di kawal pada jam 2.35 petang.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut,” katanya.

Artikel Berkaitan: