SPR hormati keluarga Allahyarham Dr Md Farid

AZHAR AZIZAN
AZHAR AZIZAN
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat masa ini tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai susulan kematian penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafiq akibat serangan jantung pagi tadi.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya memohon semua pihak untuk memberi ruang serta menghormati keluarga Allahyarham yang masih bersedih dengan kehilangan tersebut.

"Bagi menghormati keluarga Allahyarham, tiada sebarang kenyataan dibuat pada waktu ini. Tunggu semua selesai, baru SPR akan keluarkan kenyataan rasmi nanti," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Azhar turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Dr Md Farid.

"Bagi pihak SPR, saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Dr Md Farid meninggal dunia kerana komplikasi jantung

Artikel Berkaitan: