Penjual ikan maut tercampak

No Image Caption
A
A
A

PUCHONG - Seorang penjual ikan maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Puchong Link menghala ke Puchong malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 8.45 malam itu mangsa tercampak ke atas jalan selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah kereta.

Menurutnya, mangsa, Chan Kok Tsun, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Hasil siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun berlanggar dengan motosikal ditunggangi mangsa dari arah belakang.

“Kemalangan mengakibatkan mangsa terjatuh dan disahkan meninggal di lokasi kejadian. Pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: