Sempat mohon maaf kepada penduduk Tanjung Piai

Ucapan terakhir Dr Md Farik pada majlis santai bersama Ahli Parlimen Tanjung Piai di Taman Pontian Jaya di sini malam tadi.
FOTO: Ehsan
Gambar kecil: DAUD
Ucapan terakhir Dr Md Farik pada majlis santai bersama Ahli Parlimen Tanjung Piai di Taman Pontian Jaya di sini malam tadi. FOTO: Ehsan Gambar kecil: DAUD
A
A
A

PONTIAN - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai sempat memohon maaf dan menyampaikan pesanan terakhirnya kepada penduduk ketika berucap pada majlis santai bersama Ahli Parlimen Tanjung Piai di Taman Pontian Jaya di sini malam tadi.

Majlis berkenaan merupakan majlis terakhir dihadirinya sebelum meninggal dunia di Hospital Pontian kira-kira jam 6 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Dr Md Farid ketika menghadiri majlis santai bersama Ahli Parlimen Tanjung Piai di Taman Pontian Jaya malam tadi.
FOTO: ehsan
Dr Md Farid ketika menghadiri majlis santai bersama Ahli Parlimen Tanjung Piai di Taman Pontian Jaya malam tadi. FOTO: ehsan

Bapa saudaranya, Daud Sanusi, 62 berkata, dia berada dalam majlis itu dan menyifatkan ucapan Allahyarham cukup menyentuh perasaan hadirin yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India.

"Allahyarham memohon maaf jika tidak sempat melawat kawasan di Parlimen Tanjung Piai.

"Dalam ucapannya, Allahyarham turut berpesan supaya masyarakat Tanjung Piai bersatu padu, jangan bercakaran sesama sendiri," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik, Hospital Pontian di sini hari ini.

Daud berkata, Allahyarham bergerak dari Putrajaya ke majlis itu dan tiba sekitar jam 9 malam.

"Selesai majlis Allahyarham beramah mesra dengan hadirin. Itu memang kebiasaan dilakukan Allahyarham bagi mendekati rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Sekitar jam 12 tengah malam Allahyarham pulang ke rumah ibunya di Serkat. Tidak sangka itu majlis terakhir saya bersama Allahyarham," katanya.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Serkat Laut Pontian lepas solat Zohor.