Tular bantuan persekolahan LZNK hingga 11 Januari

Syeikh Zakaria Othman
Syeikh Zakaria Othman
A
A
A

FAKTA

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman ketika dihubungi mengesahkan kenyataan yang tular itu adalah palsu. LZNK menyalurkan sebanyak 40,000 pasang baju sekolah dan 20,000 beg sekolah melalui sekolah rendah di seluruh Kedah kepada pelajar miskin. Senarai pelajar terbabit dipilih melalui sekolah masing-masing dengan mengutamakan pelajar miskin.

AUTA

Tular kenyataan memaklumkan pejabat zakat daerah memperuntukkan kepada anak yang bersekolah, dua pasang pakaian sekolah atau baucar yuran sebanyak RM150 untuk asnaf fakir miskin, pendapatan isi rumah RM3000 ke bawah layak memohon. Tarikh tutup permohonan 11/1/2019. Tolong sebar pada yang memerlukan.

Artikel Berkaitan: