Netanyahu di ambang kejatuhan

Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menjadi tajuk utama kebanyakan media di Israel semalam selepas pemimpin berhaluan kanan itu buat kali kedua dalam tempoh lima bulan gagal mendapatkan kemenangan pilihan raya yang jelas.

Janji sama dibuat Netanyahu untuk merampas Lembah Jordan dan Tebing Barat yang diduduki Israel ketika Perang Enam Hari 1967 tidak berjaya memancing undi.

Keputusan akhir yang dikeluarkan Jawatankuasa Pilihan Raya Knesset menunjukkan Parti Biru dan Putih yang dipimpin bekas Ketua Tentera, Benny Gantz menjadi parti tunggal terbesar dalam Parlimen dengan memperoleh 33 daripada 120 kerusi manakala Parti Likud pimpinan Netanyahu meraih 31 kerusi.

Kebanyakan akhbar dan pengulas di Tel Aviv melihat pemimpin berusia 69 tahun itu kini berada dalam kedudukan yang lemah dan di ambang kejatuhan.

Susulan kegagalan kedua-dua parti untuk memperoleh undi majoriti, Presiden Reuven Rivlin pada esok dijangka memulakan rundingan dengan parti terbabit tentang pemilihan pemimpin untuk membentuk kerajaan gabungan.

Netanyahu dan Gantz kini perlu mencari sekutu kerajaan gabungan dan banyak pihak melihat bekas Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman yang memimpin Parti Yisrael Beitenu dan meraih lapan kerusi di Parlimen sebagai calon berpotensi.

Peningkatan jumlah pengundi minoriti Arab kepada 21 peratus menyaksikan pakatan Senarai Bersama Arab memenangi 13 kerusi yang menjadikannya kumpulan ketiga terbesar di Parlimen. - Agensi

Artikel Berkaitan: