Lelaki bunuh bekas isteri disambung reman

Tempoh reman suspek yang ditahan pada 15 September lalu disambung hingga Jumaat depan.
Tempoh reman suspek yang ditahan pada 15 September lalu disambung hingga Jumaat depan.
A
A
A

PETALING JAYA - Tempoh reman ke atas suspek yang ditahan berhubung kes bunuh seorang wanita yang juga bekas isterinya di sebuah pangsapuri di Prima Damansara di sini dilanjutkan enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek akan direman sehingga Jumaat depan.

“Tempoh reman terhadap seorang lelaki yang ditahan pada 15 September lalu disambung hingga Jumaat depan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, lelaki berusia 40 tahun itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh yang berlaku di sebuah pangsapuri di sini pada 11 September lalu.

Suspek yang juga bekas suami mangsa menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin kira-kira jam 1.35 pagi pada 15 September lalu.

Mayat mangsa, Nor Hidayah Ahmad, 30, yang bekerja sebagai kerani syarikat pengiklanan ditemui dibungkus dengan selimut dan ditutup dengan timbunan bantal pada jam 6 petang.

Wanita itu dipercayai dibunuh selepas dia enggan rujuk semula dengan bekas suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN Lelaki bunuh bekas isteri direman tujuh hari

Artikel Berkaitan: