Sufi Rashid kini bergelar suami

Sufie Rashid dan isteri.
Sufie Rashid dan isteri.
A
A
A

PENYANYI Sufie Rashid, 28, telah selamat disatukan dengan gadis pilihan hatinya, Nurulain Md Yusof dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Pulse Grande Hotel Putrajaya, pada pagi Jumaat.

Majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat pasangan pengantin itu menyaksikan Sufia menyerahkan sebentuk cincin dan mas kahwin berjumlah SGD300.00. Manakala wang hantaran pula sebanyak RM20,000 beserta tujuh dulang hantaran bebalas sembilan.

(FOTO: Dwikarya Wedding and Event)
(FOTO: Dwikarya Wedding and Event)

"Saya bersyukur kerana dijodohkan dengan Ain. Ain merupakan isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti. Dia tidak pernah menghalang untuk saya terus berkarya dalam industri seni," kata Sufi yang memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Sufie dan isteri berkenalan pada penghujung 2016 sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

Difahamkan majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada Ahad, 22 September 2019 di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara Perdana.

Artikel Berkaitan: