Ibu masih terngiang-ngiang suara 'Along'

Majlis bacaan yasin dan tahlil diadakan di rumah ibu Allahyarham Dr Md Farid di Kampung Serkat Laut hari ini.
Gambar kecil: Normah
Majlis bacaan yasin dan tahlil diadakan di rumah ibu Allahyarham Dr Md Farid di Kampung Serkat Laut hari ini. Gambar kecil: Normah
A
A
A

PONTIAN - "Saya masih terngiang-ngiang lagi suara Along," kata Normah Mohammad,60, ibu kepada Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung pagi tadi.

Normah berkata, dia sempat bersama anaknya itu yang disapa mesra dengan panggilan Along pada majlis santai bersama Ahli Parlimen Tanjung Piai di Taman Pontian Jaya, malam tadi.

"Mak datang dengan siapa.. saya kata saya datang dengan kereta sendiri. Kemudian Along berseloroh cakap saya jalan-jalan malam-malam.

"Along terus peluk saya bila nampak saya sampai di majlis itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Serkat Laut hari ini.

Katanya, Allahyarham yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tanjung Piai masih fokus membantu rakyat dengan bertemu kumpulan masyarakat yang datang ke rumahnya sehingga jam 4 pagi tadi.

"Allahyarham pesan kepada pegawai - pegawai dia untuk segera selesaikan masalah rakyat, jangan biarkan tertangguh.

"Saya reda dengan pemergian Allahyarham dan mengharapkan penduduk mendoakan rohnya dicucuri rahmat," katanya yang merupakan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Tanjung Piai.

Allahyarham Dr Md Farid meninggalkan isteri Datin Farah Syazwani Hanis Ismail dan tiga anak perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN Pesanan terakhir Dr Md Farid

Artikel Berkaitan: