Status bekalan air Melaka dikemas kini setiap hari: Adly

Adly Zahari
Adly Zahari
A
A
A

MELAKA – Syarikat Bekalan Air Melaka Berhad (SAMB) diarah mengemas kini status bekalan air di negeri itu setiap hari untuk membeli maklumat awal kepada pengguna, kata Ketua Menteri, Adly Zahari.

Justeru beliau mahu SAMB memperkemaskan lagi modul dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Kerajaan negeri menggunakan dua modul dalam mengatasi masalah gangguan air iaitu modul pertama membuat pemantauan terhadap kawasan terjejas dan membantu pengguna menerusi penghantaran lori-lori tangki air dan modul kedua membuat makluman awal kepada pengguna sekiranya terdapat gangguan bekalan air di kawasan-kawasan baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KoMawaR) Zon Selatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.

Beliau berkata, setakat ini, hanya lapan peratus daripada pemegang akaun SAMB yang terlibat dengan gangguan bekalan air iaitu sebanyak 25,000 akaun.

Kerajaan akan terus melakukan pemantauan secara berterusan dan sentiasa berusaha untuk keluar daripada isu gangguan bekalan air yang bermula sejak seminggu lalu (14 September).

Beliau berkata, gangguan bekalan air sebahagian besar berlaku di Daerah Melaka Tengah dan hanya kawasan tertentu sahaja di Daerah Jasin dan Alor Gajah. - Bernama

Artikel Berkaitan: