Ribuan polis dikerah ke Paris

Polis Perancis dan perusuh ves kuning bertempur semasa tunjuk perasaan di Paris beberapa bulan lalu.
Polis Perancis dan perusuh ves kuning bertempur semasa tunjuk perasaan di Paris beberapa bulan lalu.
A
A
A

PARIS - Lebih 7,000 anggota polis dikerah ke ibu negara Perancis, Paris hari ini selepas timbul kebimbangan perusuh ves kuning dan kumpulan berhaluan kiri, Black Blocs akan menyusup masuk perarakan membantah perubahan iklim di bandar raya berkenaan.

Ketua Polis Paris, Didier Lallement berkata, sebahagian anggotanya akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik antaranya Dataran Champs-Elysees yang menyaksikan perusuh ves kuning membakar beberapa buah kedai dan restoran mewah dalam rusuhan sebelum ini.

Pergerakan ves kuning tercetus sejak 10 bulan lalu sebagai membantah kenaikan harga minyak dan menggambarkan aduan tentang kemerosotan kuasa berbelanja dan ketidakpuasan hati terhadap Presiden Emmanuel Macron yang didakwa mengabaikan rakyat bawahan.

Tunjuk perasaan itu sering bertukar ganas apabila perusuh dan polis bertempur selain peningkatan vandalisme seperti merosakkan bangunan dan membakar kenderaan. - AFP

Artikel Berkaitan: