Tindakan mengungkit boleh hancurkan parti: Tok Mat

Mohamad ketika berucap pada Ceramah Umum Penyatuan Ummah bahagian Tampin di kawasan terbuka berhampiran stesen bas Gemas malam tadi.
Mohamad ketika berucap pada Ceramah Umum Penyatuan Ummah bahagian Tampin di kawasan terbuka berhampiran stesen bas Gemas malam tadi.
A
A
A

TAMPIN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan tindakan ungkit mengungkit dalam parti tidak akan mendatangkan manfaat sebaliknya membawa kepada kehancuran parti.

Menurutnya, sekiranya masih mengamalkan sikap itu pembangkang hari ini tidak akan dapat menumbangkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Jangan kita bangkit membangkit perkara lama, yang sudah itu sudahlah. Air perjuangan UMNO dan Pas sudah jernih, bersih.

"Sudah tiada yang keroh-keroh, kalau ada kerbau dua tiga ekor mengerohkannya, kita tambek (ikat) korbankan," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Penyatuan Ummah bahagian Tampin di kawasan terbuka berhampiran stesen bas Gemas malam tadi.

Lebih 5,000 orang hadir Ceramah Umum Penyatuan Ummah bahagian Tampin di kawasan terbuka berhampiran stesen bas Gemas malam tadi.
Lebih 5,000 orang hadir Ceramah Umum Penyatuan Ummah bahagian Tampin di kawasan terbuka berhampiran stesen bas Gemas malam tadi.

Majlis bermula jam 9 malam itu dihadiri Bendahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Presiden Berjasa, Datuk Ir Ts Dr Badhrullhisham Abd Aziz dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.

Dalam pada itu Mohamad turut menggunakan analogi semut dan anai-anai dengan melabelkan UMNO sebagai semut manakala PH sebagai anai-anai.

"Semut binatang paling kecil mempunyai fungsi dalam kehidupan kita, dalam rumah orang sembur semut bagi mati bersiulah anai-anai dapat ke Putrajaya. Itulah umpamanya.

Artikel Berkaitan:

Datuk Iskandar, Tuan Rafiei asyik sembur UMNO, mati UMNO.

"Selepas ini, kita belilah ‘spray’ yang lebih baik dan kita ramai -ramai ‘spray’ PH pada PRU15," katanya.

Lebih 5,000 orang membanjiri lokasi seawal jam 8 malam yang turut bergema dengan nyanyian lagu Pas seterusnya lagu UMNO sebelum diikuti dengan ucapan daripada beberapa pemimpin dari UMNO, PAS dan Berjasa.