PM dijangka hadir ziarah jenazah Dr Farid

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka tiba di Johor untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Dr Farid Md Rafik yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai, yang disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika dihubungi sebentar tadi.

“Susulan berita pemergian Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, pihak kerajaan negeri turut menzahirkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Menteri di JPM meninggal dunia

“Saya juga dimaklumkan, dijangka Tun Dr Mahathir Mohamad akan turut menziarahi Almarhum dengan jangkaan ketibaan selepas waktu Zuhur,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Dr Farid dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6 pagi tadi di Hospital Pontian dipercayai akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Serkat, Pontian selepas solat Zuhur.

Artikel Berkaitan: