Usahawan Peru cipta komputer riba guna kayu kitar semula

Komputer riba kos rendah ini menggunakan kuasa pengecas solar.
Komputer riba kos rendah ini menggunakan kuasa pengecas solar.
A
A
A

LIMA - Sebuah keluarga usahawan di Peru membangunkan komputer riba kos rendah dihasilkan daripada kayu kitar semula yang menggunakan kuasa pengecas solar.

Peranti kos rendah dan tahan lama itu bertujuan untuk meningkatkan kebersambungan kepada penduduk Peru dan meningkatkan peluang pendidikan kepada pelajar di kawasan lebih terpencil di negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif WAWALAPTOP, Alejandra Carrasco turut menunjukkan produk dihasilkan syarikatnya sambil menjelaskan objektif di sebalik rekaan tersebut.

"Secara realitinya, ramai penduduk di Peru tidak mengambil bahagian dalam dunia globalisasi dan tidak dihubungkan kepada dunia luar selain tidak mempunyai akses kepada teknologi walaupun komputer desktop. Jadi, kami memutuskan untuk menggunakan teknologi ini untuk mencipta alat pendidikan baharu," katanya.

Dengan komputer riba kayu tersebut, syarikat tersebut mahu menyumbang kepada ekonomi selain membolehkan pengguna menukar bahagian yang rosak dengan mudah.

Rangka komputer riba itu sendiri direka untuk bertahan sehingga 10-15 tahun.

Komputer riba kecil itu dilaporkan dijual dengan harga AS$235 (RM984). - Agensi

Artikel Berkaitan: