Malaysia berdepan tekanan kalah 0-1 kepada Laos

Malaysia tewas 0-1 kepada Laos, pada aksi kedua pusingan kelayakan Kumpulan J di Stadium Nasional Laos di Vientiane malam ini. Foto: FAM
Malaysia tewas 0-1 kepada Laos, pada aksi kedua pusingan kelayakan Kumpulan J di Stadium Nasional Laos di Vientiane malam ini. Foto: FAM
A
A
A

MALAYSIA menerima tamparan hebat untuk memburu slot ke pusingan akhir Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 apabila tewas 1-0 kepada Laos, pada aksi kedua pusingan kelayakan Kumpulan J di Stadium Nasional Laos di Vientiane malam ini.

Hasrat skuad B-15 negara mengutip mata maksimum selepas membelasah Kemboja 7-0 pada perlawanan pembukaan dua hari lalu musnah apabila kesilapan pertahanan menyaksikan pasukan tuan rumah melakukan jaringan seawal minit keempat menerusi Lavi Somthongkham.

Skuad bimbingan P Maniam cuba bangkit daripada kejutan awal itu tetapi benteng pertahanan Laos menafikan sebarang percubaan oleh barisan depan negara untuk memburu gol penyamaan.

Berdasarkan hanya 11 juara kumpulan dan empat naib juara terbaik layak ke pusingan akhir, Malaysia kini berdepan tugas getir apabila bertemu Jepun, pada perlawanan terakhir kumpulan, Ahad ini.

Sementara itu, Jepun mendahului kedudukan kumpulan dengan enam mata selepas membelasah Kemboja 8-0 hari ini.

Kelmarin, Jepun menewaskan Laos 4-0. - Bernama

Artikel Berkaitan: