5,000 hadir Ceramah Umum Penyatuan Ummah di Tampin

Suasana sekitar majlis dirakam dari atas perkongsian Penerangan UMNO Negeri Sembilan. Foto: Ihsan Penerangan UMNO Negeri Sembilan
Suasana sekitar majlis dirakam dari atas perkongsian Penerangan UMNO Negeri Sembilan. Foto: Ihsan Penerangan UMNO Negeri Sembilan
A
A
A

TAMPIN - Lebih 5,000 orang membanjiri kawasan terbuka berhampiran Stesen Bas Gemas di sini malam ini seawal jam 8 malam bagi mengikuti Ceramah Umum Penyatuan Ummah Bahagian Tampin.

Majlis yang bermula jam 9 malam tadi dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Bendahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Datuk Dr Badhrullhisham Abd Aziz dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.

Suasana sekitar majlis berhampiran stesen bas Gemas.
Suasana sekitar majlis berhampiran stesen bas Gemas.

Pada majlis sama turut bergema nyanyian lagu Pas seterusnya lagu UMNO sebelum diikuti dengan ucapan daripada beberapa pemimpin dari UMNO, Pas dan Berjasa.

Dijangka Tabung Penyatuan Ummah Muafakat Nasional dilancarkan sebelum Mohamad berucap seterusnya majlis dijangka selesai sekitar jam 11.30 malam.

Artikel Berkaitan: